Serai Wangi


NAMA : SERAI WANGI - Ginger Grass
ASAL : MALAYSIA

KETERANGAN :
Herba ini merumpun dan boleh mencapai ketinggian sehingga 1 ke 1.5m, tidak mempunyai batang sebenar tetapi hanya mempunyai sarung daun yang bertindak sebagai batang. Daunnya panjang menirus dihujung, permukaan daun licin, bewarna hijau tua, berbau wangi dan pembiakannya dari belahan rumpun dan batang.

RASA/SIFAT :
Seluruh bahagian - berasa pedas dan bersifat panas

KANDUNGAN :
Seluruh bahagian - Mengandungi minyak asiri yang terdiri dari citronellal, citral, geraniol, metil-heptenone, eugenol-metil eter, dipenten, kadinen, kadinol, dan limonen.

KHASIAT PERUBATAN :
Batang - Merawat peluh tak lawas, badan berangin, hormon badan tidak stabil, keracunan makanan dan bahan kumuhan busuk.
Daun - Merawat ibu selepas bersalin, lumpuh, sengal badan, lemah otot, urat saraf lemah, bisa-bisa otot, mengecutkan rahim bengkak serta belendir, demam panas, pengaliran darah tidak lancar dan stress.
Seluruh bahagian - Merawat sakit dalam perut, cirit birit, haid bermasalah, sengal badan, lebam, batuk, sakit sendi, bengkak selepas bersalin.

CATATAN :
Pengambilan dos yang berlebihan sebagai ubat dalaman boleh menyebabkan panas badan.

0 Ulasan