Social Icons

twitterfacebookrss feed

Bunga Butang


NAMA :  BUNGA BUTANG - Globe Amaranth
ASAL : AMERIKA TROPIKA

KETERANGAN :
Herba sederhana besar, semusim, setinggi 0.6m atau lebih. Batangnya tumbuh menegak, bewarna hijau kemerahan, mempunyai banyak percabangan, seleruh permukaan berbulu. Daun tunggal, susunan bersetentangan, bertangkai pendek, berbentuk bujur telur, memanjang dengan hujung meruncing. Bunga majmuk, terdapat didalam jambak bunga berbentuk bulat, kuntum bunga bewarna ungu terang, merah jambu atau putih. Biji bersaiz kecil, diselaputi struktur seakat kapas bewarna putih dan mudah disebarkan oleh angin. Pembiakannya dari biji benih.

RASA/SIFAT :
Bunga - Berasa tawar, sedikit manis
Daun - Berasa manis, bersifat neutral

KANDUNGAN :
Daun - Mengandungi triteroinoid, karbohidrat, serabut, mineral, Gompherinin I,II,III,V,VI, Amaranthin, flavon dan saponin
Seluruh bahagian - Mengandungi mineral, alkaloid, serat

KHASIAT PERUBATAN :
Bunga - Merawat batuk, tuberkulosi paru, sesak nafas, radang saluran nafas, radang mata, sakit kepada, cirit-birit, tidak lancar buang air kecil, asma, batuk, batuk kokol, bronkitis, disenteri, perndarahan berlebihan, tibi, keputihan pada faraj, melawaskan buang air kecil, perut bayi memulas, panas badan, menyingkirkan kahak serta hingus.
Daun - Merawat bintik merah, batuk, diabetes, tekanan darah tinggi
Seluruh bahagian kecuali akar - Menambah selera makan, bengkak, gatal, cedera, penyakit kulit, kudis, sakit mata, demam panas, disenteri, penyakit jantung akibat injap tidak sempurna, meransang peluh.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Iklan di sini

Sample Text

Iklan di sini