Pegaga


NAMA : PEGAGA - Pennywort
ASAL : MALAYSIA/ASIA TENGGARA

JENIS :
  1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
  2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
  3. Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes
  4. Pokok Pegaga Kelantan,
  5. Pokok Pegaga Renek
  6. Pokok Pegaga Salad
  7. Pokok Pegaga Gajah
  8. Pokok Pegaga Brunei
KANDUNGAN :
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C.

KHASIAT / PERUBATAN :
Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan. Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga adalah:
  • penawar alahan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit
  • menurunkan tekanan darah

0 Ulasan