Mambu


NAMA : MAMBU - Neem Tree
ASAL : MYANMAR, INDIA dan Kepulauan JAWA

RASA/SIFAT :
Keseluruhan bahagian berasa pahit kecuali buah, berasa manis. Bersifat neutral.

KANDUNGAN :
Akar - Mengandungi alkaloid, nimbin, nimbidin, nimbinin.
Daun - Mengandungi azadarin, azadiraktin, fostat, kalium, mangosin.
Kulit kayu - Mengandungi nimbin, nimbidin, nimbinin, nimbiol, nimbosterol, sugiol.
Minyak biji - Asid arakidik, asid linoleik, asid miristik, asid oleik, asik palmitik, asid stearik, azadiraktin, meliakarpin, nimbin, nimbolinin, olein, salanin dan stearin.

KHASIAT PERUBATAN :
Akar - Merawat demam, masalah hati, masalah hempedu, tibi, lemah badan, gastrik, kencing manis, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah dan lemah jantung.
Biji - Merawat luka, ulser, serangan  parasit, kutu rambut, dan kecacingan.
Buah - Merawat demam panas yang berulang, malaria dan sebagai tonik.
Bunga - Merawat perut lemah, sesak dada dan demam panas.
Daun - Merawat kencing manis, disenteri, cirit-birit, malaria, masuk angin, hepatitis, gagal lever, kanser hati, kelemumur, jerawat, sindap, eksim, bisul, kudis, demam, sakit dada, lemah otot, lemah badan, lebam, terseliuh, sakit kulit, campak, kudis buta dan sakit belakang.
Gam - Merawat bengkak, sakit badan, kulit kasar dan kegatalan kulit.
Kayu - Merawat demam kuning, demam panas, disenteri, malaria, keletihan, kelesuan, ulser, kudis dan gigi berkarat.

CATATAN :
Pengambilan ramuannya yang banyak sebagai ubat dalaman boleh menyebabkan sembelit dan jika terlalu banyak boleh menyebabkan kematian. Tidak sesuai untuk ubat dalaman bagi wanita hamil dan yang mahu hamil.

0 Ulasan