Bunga Raya


NAMA : BUNGA RAYA - Shoe Flower
ASAL : CHINA dan ASIA TROPIKA

RASA/SIFAT :
Seluruh bahagian - Berasa manis - bersifat neutral

KANDUNGAN :
Bunga - Mengandungi cyanidin digucosid, hibisetin, zat pahit dan lendir.
Daun - Mengandungi taraxeryl acetat.
Seluruh bahagian - Mengandungi banyak ansimidol, asid D-galaktutonik, asid D-glukuronik, asid karbolik, asid oksalik, asid sitrik, asid sterkulik, asid tartarik, beta-rosasterol, D-galaktos, glukosa, hentriakontan, fruktosa, kuersetin dan kuersetin-3-diglukosi.

KHASIAT PERUBATAN :
Akar- Merawat penyakit kelamin, keracunan, bronkitis, demam panas, kanser, gatal hidung, jangkitan serviks, keputihan, haid bermasalah, sakit mata, kanser, luka, sakit kulit, sakit kepala, tumor dan sukar bersalin.
Bunga - Merawat kencing bernanah, barah raja, beguk, luka, bengkak, sakit kulit, mata bengkak/radang, asma, batuk, bengkak kelenjar parotid, bronkitis, selsema, berkahak/hingus, tumor, seriawan, kurang darah, sakit perut/usus, sakit kerongkong, sampu, rawatan selepas bersalin, demam panas, radang hidung dan bengkak organ dalaman.
Daun- Merawat bisul, rambut gugur, kulit terbakar, malaria, beguk, seriawan, kencing bernanah, hidung berdarah, radang kulit, radang usus, rawatan selepas bersalin, batuk kering dan demam panas.

CATATAN :
Wanita hamil atau ingin hamil dilarang meminum air rebusannya. Perubatan perlu dilakukan dengan teratur dan dengan nasihat doktor.

0 Ulasan